There was a fire in Bukit Kecil (Small Hill) in Kuala Terengganu burning down more than 19 hectares of the forest. Bernama said that the fire started at about 2pm yesterday but was extinguished at night when there was a heavy rainfall. However, the forest was reignited earlier this afternoon due to the hot and windy weather.
For rest of the news, read below :
TERENGGANU, 7 Feb (Bernama)– Lebih 19 hektar kawasan hutan di Bukit Kecil di sini musnah dalam kebakaran yang bermula petang semalam, bagaimanapun keadaan kebakaran kini terkawal dengan beberapa kawasan masih mengalami kebakaran kecil.
Penolong Penguasa Bomba Kuala Terengganu Mohd Khairul Anuar berkata Isnin, lebih 100 anggota dan pegawai bomba termasuk pelatih dari Akademi Bomba Wakaf Tapai dan Bomba Sukarela Kuala Nerus Manir bertungkus lumus 24 jam untuk mengawal kebakaran itu.
Katanya kebakaran bermula kira-kira 2 petang semalam dan hujan lebat tengah malam telah membantu memadamkannya, bagaimanapun kebakaran itu merebak semula tengah hari ini akibat keadaan berangin dan cuaca panas.
Setakat pukul 4 petang ini, anggota bomba masih lagi menjalankan operasi pengawalan api dan beberapa kawasan di hutan itu masih mengalami kebakaran kecil.
“Sebaik menerima panggilan kecemasan, kita telah menghantar jentera dan anggota bomba untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan kediaman dan beberapa bangunan milik kerajaan yang terletak berhampiran kawasan kejadian,” katanya kepada Bernama.
Antaranya bangunan Jabatan Pelajaran Negeri Kuala Terengganu, Jabatan Kimia, Radio Televisyen Malaysia Bukit Pak Apil dan Sekolah Menengah Kebangsaan Chong Hwa Wei Sin.
Mohd Khairul berkata bomba masih menyiasat punca sebenar kejadian kebakaran hutan tersebut.
— BERNAMA
Pingback: Visi Dan Misi Kota Manado 2010 – 2015 | TABEA MANADO
Pingback: Polri Adalah Penegak Hukum Yang Harus Bersih | TABEA MANADO
Pingback: TABEA MANADO
Pingback: Apartemen MTC Di Manado | TABEA MANADO
Pingback: Kawasan Wisata Bahari Di Indonesia « RAFANS PERSONAL BLOG