Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2013


Karim's Blog

Baru selesai membuat laporan polis berhubung satu lagi penghinaan terhadap Islam. Ini merujuk kepada satu pameran seni lukis di Publika-Solaris Sri Hartamas, tingkat G2 di kawasan ruang legar.

AnurendraPameran bertajuk Pameran Seni M50 – Selamat Hari Malaysia anjuran Artemis Art KL mempamerkan salah seorang pelukis bernama Anurendra Jegadeva dengan tema lukisan “ABC For The Middle – Age Middle Classes”. Salah satu lukisannya melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut “I for Idiot” (seolah-olah menyatakan Islam itu untuk orang bodoh) beserta dengan tulisan khat basmallah terbalik di bawahnya – yang jelas menunjukkan unsur niat yang jahat oleh pelukis tersebut. Manakala untuk J dan K pula di buat “J for Jesus” dan “K for Krisna” – tanpa ada sebarang unsur penghinaan.

Kita meminta pihak polis menjalankan siasatan ke atas beliau serta penganjur pameran seni tersebut seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

IJKLM-anurendra

penghinaan-anurendra

**********

kemaskini:

Baru balik dari Balai Polis Sentul (jam 1:10 pagi) untuk memberi keterangan kepada pegawai penyiasat … siasatan…

View original post 32 more words

Read Full Post »


The panel judges led by Dato’ Seri Abu Samah Nordin have dismissed the Church application to strike out against a High Court ruling that allowed a Catholic Weekly newspaper Herald to use the word ‘Allah’.

The substantive appeal shall be heard on the 10th of September.

—————————————————–

PUTRAJAYA 22 Ogos – Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald

Keputusan berkenaan diputuskan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin mula yang bersidang pada pukul 9.30 pagi dan berhenti rehad pada pukul 12.55 tengah hari kemudian bersambung semula 3.30 petang.

Dengan keputusan itu bermakna 
prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. 

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly. 

Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.-UTUSAN ONLINE

(dipetik dari sini: http://live.utusan.com.my/Event/Laporan_Langsung_Utusan_Online_2013 pada jam 1631, 22 Ogos, 2013)

Read Full Post »

%d bloggers like this: