Kata Datuk Seri Najib: “Mereka bawa cerita kononnya kita mengimport 40,000 Mat Bangla untuk mengundi dalam pilihan raya. Kalau nak bawa 40,000 Mat Bangla, sebuah Jumbo muatannya 400 bererti 100 buah Jumbo terpaksa mendarat di lapangan terbang. Saya nak tanya kepada pembangkang, tunjuk di mana ada 100 buah jumbo yang telah mendarat di lapangan terbang kita.”
(minit 5:14)
Tapi tahukah anda rahsia bagaimana Mat Mat Bangla dibawa ke Malaysia oleh BN? Ini gambar yang saya perolehi dari pisau.net.
Kalau dah sampai melimpah ke bahagian atas kapal terbang, pasti mereka yang di dalam disumbat sampai ke dalam overhead bin. Itu pun belum dikira lagi yang berada di dalam tempat cargo, yang berasak-asak berdiri di ‘cockpit’ dan yang disumbat di dalam tandas-tandas kapal terbang. Oleh sebab itu walaupun sebuah Jumbo muatannya hanya 400 orang, tetapi khas untuk persediaan sempena PRU13, sebuah Jumbo boleh memuatkan beribu-ribu penumpang.
Yang duduk di atas tu, tak tahu lah saya macam mana. Mungkin mereka disediakan kerusi siap dengan tali pinggang untuk memastikan mereka tidak akan terjatuh, kalau tidak rugilah BN sebab kehilangan pengundi hantu.
Ya, tak mungkin kesemua mereka akan mematuhi arahan keselamatan, maka dari situlah lahirnya perumpamaan, ‘bagai Bangla jatuh dari langit’. Perumpamaan ini bermaksud terjadinya sesuatu yang tidak disangka malah yang boleh dianggap mustahil.
Sebagai satu langkah keselamatan, saya rasa kita semua mesti sentiasa memakai topi keledar bila keluar dari rumah walaupun semasa berjalan kaki kerana malang tidak berbau, sebab manalah tahu kalau-kalau ada Bangla yang jatuh dari langit.
Related articles
- Secret Exposed – How BN Flew In Phantom Voters (ahmadalikarim.wordpress.com)
- Anwar Tak Berani Sahut Cabaran Najib! (pisau.net)
- Petikan Rakaman “Pengundi-pengundi Hantu” Yang Ditangkap (aeshahadlina.wordpress.com)