The Malaysian Insider published an amusing but interesting article in it’s ‘rencana’ section titled, ‘Betul ke Umno penyelamat dunia dan akhirat?’
The reason why I find the article interesting is because of the irony of it. If you switch a few notable terms in the article (like say, from Umno to Pas) you would realise that the pot is calling the kettle black. To prove my point, I would post here the ‘edited’ version of the article in bold with the switched words underlined and in green. You can view the original article here.
(The article is in Malay but since most of my readers are Malaysians and this is a local issue, I would not bother to translate the article. My apologies to all non-Malaysian readers.)
Tuduhan bahawa kerajaan mempolitikkan isu Syiah yang dihebohkan sekarang ini tidak ada asasnya. Itu hanya permainan politik pimpinan Pas yang kini semakin terhakis daripada pandangan rakyat.
Note: The original article states that the issue between Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) and Syiah “has nothing to do with the faith (akidah) or the Islamic struggle” and the argument is wrong because the differences between the Sunni and the Syiah is on the basis of faith itself. Both Syiah and Sunni do not acknowledge the other in their beliefs.
Pemimpin yang menggunakan nama parti Islam sejak pilihan raya yang lalu sehingga sekarang ini tidak pun mengamalkan cara pemerintahan menurut kehendak Islam itu.
Orang Islam dalam Pas itu telah dan masih melanggar pantang larang sebagai seorang Muslim itu. Ketandusan idea politik mereka menyebabkan ada pihak yang mahu di kalangan kita orang Islam ini bergaduh, kerana sejak beberapa ketika dahulu Pas itu ‘survive’ di atas perpecahan orang Melayu yang beragama Islam itu.
(According to the teaching of Islam, Pas and Umno whose members are Muslims, must sit down and discuss (bermuzakarah) on matters related to Islam. When UMNO agrees to the idea; Pas’s leaders are divided into two teams and a number of leaders who vocally support the muzakarah idea were either kicked out of the party and being labelled as traitor.)
Note: In this article, Aspan Alias wrote that the Malays are generally Muslims. This is incorrect because Article 160 of the Federal Constitution of Malaysia clearly defines a Malay as a person who professes the religion of Islam, habitually speaks the Malay language and conforms to Malay custom. Thus according to the Federal Constitution of Malaysia, a Malay has to be a Muslim in order to declare themselves as a Malay.
Malahan Pas yang didaftarkan pada tahun 1951 dahulu diasaskan oleh perpecahan orang Melayu dan kini ahli Pas semakin berpecah. Pas tidak mungkin ‘survive’ dalam situasi tenang dan aman, kerana jika keadaan politik itu aman, maka Pas takut rakyat memberikan fokus untuk menilai prestasi mereka terhadap rakyat.
(Until the end of the video, Ustaz Azahar, a popular Pas figure, did not dare to give the true answer to the question of how true is the fact that PKR (an ally of Pas) practice Liberalisme of Religion for not only PKR but a number of Pas’s key leaders are also liberal Muslims.)
Pas sentiasa merasakan mereka sedang berjalan dalam keadaan gelap gelita dan sunyi dan terpaksa membuat bising dengan menyanyi atau membakar mercun untuk memecah kesunyian yang amat mereka takuti. Semasa kampung saya belum mendapat kemudahan eletrik, keadaan pada malam hari amat gelap.
Sesiapa yang berjalan di dalam gelap itu merasakan di depan dan belakang mereka ada hantu atau harimau dan berbagai-bagai lagi yang mereka takuti. Selalu saya mendengar di jalan-jalan kecil yang sunyi dan gelap gelita itu anak-anak muda menyanyi dengan sekuat hati bagi memecahkan kesunyian dan menghilangkan sedikit rasa takut dan gementar itu.
Bermacam-macam lagi saya dengar. Ada yang menyanyikan lagu P Ramlee, malah ada juga menyanyikan lagu Mat Sentul. Ada yang membakar mercun dan berbagai-bagai cara untuk menghilangkan rasa takut itu sementara sampai ke rumah atau tempat lain.Pendeknya mereka akan berbuat bising untuk menghilangkan rasa takut itu.
Tetapi sekarang keadaan itu tidak berlaku lagi kerana elektrik sudah sampai di setiap rumah dan di jalan raya pula sudah ada lampu yang dipasang oleh Lembaga Letrik Negara atau sekarang ini TNB. Anak-anak muda sekarang tidak tahu kerana mereka tidak mengalami keadaan itu. Lahir mereka ke dunia ini sudah ada lampu eletrik dan air. ‘Air dalam bosi, potik ditopi di tongah menyalo’.
Tetapi masih ada lagi manusia yang masih mempunyai rasa takut dan tidak meyakinkan itu, tetapi bukan dirasai oleh orang kampung saya. Perasaan itu masih ada di dalam jiwa pemimpin Pas dan ramai ahli-ahlinya. Perasaan takut seolah-olah ada hantu di depan dan di belakang dan dalam kesunyian mereka itu membuatkan mereka mencari apa sahaja jalan untuk memecah kesunyian untuk menghilangkan rasa takut dan gementar itu.
Mereka sekarang tidak menyanyikan lagi lagu P Ramlee atau Mat Sentul, mereka menyanyikan lagu ala rap yang bertajuk, ‘Undi Pas Masuk Syurga’.
Mereka mahu menghilangkan rasa takut mereka dengan berbuat bising. Selalunya orang yang penakut ini akan bercakap besar dan garang seperti yang kita dengar di kalangan mereka yang entah macam mana duduk di atas dan memimpin kita itu. Pemimpin seperti ini terpaksa melakukan banyak perkara pelik bagi menutup kelemahan mereka yang mudah dilihat oleh orang ramai.
Kenapa Pas memilih untuk menjadikan isu agama sebagai cara mendinding diri mereka daripada kejatuhan itu diketahui ramai? Pas tahu cabaran kepadanya ialah Umno. Parti itu merupakan parti yang digeruni oleh Pas walaupun dalam ucapan pemimpin mereka, mereka cuba untuk melindungi rasa takut mereka dengan kata-kata ego dan pengecut mereka. Mereka tidak berani untuk menunjukkan jiwa besar dengan mengakui kelemahan mereka.
+
Pas sarat dengan pemimpin palsu yang hanya menunjuk-nunjuk kehebatan mereka sedangkan rakyat semakin hari semakin memahami hakikat ini. Mereka menyembunyikan kekayaan mereka supaya rakyat tidak tahu adalah hasil manipulasi kepercayaan dan wang rakyat juga dalam sistem pentadbiran yang begitu sarat dengan penipuan dan salah guna kuasa itu.
Bagi saya, isu tuduhan Pas ini tidak elok kita abaikan sahaja kerana ia dipergunakan oleh Pas yang mengaku Islam tetapi larangan Islam itu dilakukan secara terbuka. Bagi mereka, Pas sahaja yang dibenarkan melanggar segala kehendak agama itu.
Pas seolah-olah maksum dan tidak ada siapa yang mesti meragui mereka. Dan yang lebih dahsyat lagi merekalah pejuang dan pelindung agama kita.
Mereka lebih hebat daripada aulia dan anbia yang ditugaskan menjaga dunia dan alam ini selepas kewafatan Nabi Muhammad lebih seribu tahun dahulu.
Bagi mereka Pas adalah segala-galanya. Tidak makbul doa seseorang itu dan tidak sampai hajat sesiapa pun tanpa dikehendaki oleh Pas. Pas sahaja yang menentukan nasib semua orang dunia dan akhirat.
Saya baru sahaja tahu yang dunia dan alam ini diwariskan kepada Pas untuk menjaganya. Kalau tidak ada Haji Hadi, Nik Aziz dan Mat Sabu serta Khalid Samad, tentu kacau-bilau dunia ini.
Kalau boleh, masukkan Anwar Ibrahim sekali sebaris dengan mereka, mungkin pasti kita semua selamat di dunia dan akhirat. Mati kita mungkin mati dalam iman, bak kata P Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk. Di akhir kalam nak mati pun kita akan bangun seketika, dan senyum.
Mengikut jalan cerita dalam filem itu mereka yang sudah merompak pun mati mereka dalam iman. Itulah cerita yang dilakonkan kembali oleh pemimpin-pemimpin Pas sekarang ini. Selamat menonton!
(By the way, I have never heard an Umno leader claiming “Umno penyelamat dunia dan akhirat”, have you?)
Reminder: I did not write this article; I simply ‘switched’ the words 😀