PAS Membela Alvin Tan


Ingin tahu apa respons pemimpin PAS terhadap kes pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan Islam dan bulan Ramadhan?

Mohamed Hanipa Maidin meminta umat Islam memberikan peluang kepada pasangan lucah Alvin Tan dan Vivian Lee untuk menebus kesalahan mereka kerana melakukan provokasi terhadap penganut agama terbesar di negara ini.

Ahli Parlimen Sepang dari PAS itu juga mahu umat Islam bertindak waras dalam memberikan respon terhadap provokasi seumpama ini dan belajar untuk memberikan kemaafan.

“Islam, saya yakin, juga agama rahmah. Di dalam al-Quran juga Allah menyatakan bahawa Allah menulis untuk diriNya rahmah (belas ikhsan),” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS kepada The Malaysian Insider.<

“Maka saya berpendapat tidak salah bagi umat Islam untuk menerima kemaafan pasangan itu dan memberi mereka peluang untuk tidak lagi mengulangi perbuatan biadap mereka itu,” katanya. ……….

……. Beliau percaya mereka sudah cukup terseksa dengan luahan kemarahan umat Islam di negara ini. Itu sudah cukup, baginya menjadi hukuman perit ke atas mereka.

“Saya rasa ugutan bunuh ke atas mereka, jika benar berlaku, bukan anjuran Islam.

“Namun saya rasa tidak perlu mereka didakwa di bawah Akta Hasutan kerana Akta itu sendiri sudah banyak menzalimi rakyat negara ini,” katanya.

Jika mereka didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina Islam tidakkah pasangan remaja ini juga akan merasa bahawa ada diskriminasi dan ketidakadilan ke atas mereka, soalnya.

Ini kerana orang Islam yang ingin bakar Bible dan menghina anutan orang Hindu tidak didakwa sehingga kini.

“Adakah ini keadilan? Tidak malukah kita kepada orang bukan Islam apabila kita sendiri gagal bersikap adil?

Kenyataan ini bukan datangnya dari pemimpin DAP tapi dari parti yang mendakwa membela Islam. Mohamed Hanipa Maidin berpendapat, pasangan itu “cukup terseksa”, maka umat Islam patut memaafkan pasangan itu dan berikan mereka peluang. Inikah pendirian seorang pemimpin parti Islam? Adakah pemimpin PAS ini sudah terlalu liberal hingga sanggup merpertahankan pasangan yang jijik ini atau apakah beliau baru sampai dari bulan dan belum tahu latar belakang pasangan ini? Lebih menarik, Mohamed Hanipa Maidin berpendapat bahawa inilah cara keadilan dalam Islam. 

Agaknya inilah buktinya pemimpin PAS itu mendakwa pasangan ini “cukup terseksa” hingga patut dimaafkan oleh umat Islam?

Quoted from The Huffington Post:

The couple next tweeted defiantly on Saturday, “You may shut us down now but we will be back and be stronger and better than ever. Enjoy your Ramadan for now.”

Oops… Tweet ini bukannya disiarkan oleh Harakah atau Malaysia Kini. Maafkan saya, saya terlupa bahawa kebanyakan ahli PAS tidak membaca akhbar lain selain daripada Harakah dan akhbar-akhbar pro-pembangkang. Jadi mungkin mereka tidak tahu mengenai pekara ini.

malaysiakini

Dalam mempertahankan pasangan yang amat lantang menghina Islam ini, Mohamed Hanipa Maidin telah mengguris perasaan ramai umat Islam seperti saya yang amat sayangkan agama Islam. Inikah pendirian pemimpin-pemimpin Islam PAS? Dimanakah maruah pemimpin PAS ini sehingga sanggup meremehkan soal kemuliaan agama Islam dan merendahkan maruah umat Islam lain demi membela orang-orang yang menghina Islam?

 

alvin“Tidak malukah kita kepada orang bukan Islam apabila kita sendiri gagal bersikap adil?” Adakah ini contoh keadilan versi PAS? 

Mereka memang sudah terlalu keliru….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s