Rahsia di Sebalik Hubungan DAP dan PAS.


Dulu, pemimpin PAS katakan yang mereka memperjuangkan Islam yang kononnya tidak diendahkan oleh parti Barisan Nasional. Malah di dalam buku terbitan Pemuda Pas, ‘100 sebab kenapa UMNO wajib ditolak’, perkara yang paling utama yang mereka katakan ialah, UMNO mesti ditolak kerana “UMNO Tolak Hudud”. Tetapi alangkah anehnya apabila PAS masih lagi bekerjasama dengan DAP walaupun pengerusinya, Karpal Singh, bukan sahaja menolak hudud malah anti-hudud.

karpal langkah mayat statement

Sudahlah begitu, tiba-tiba sahaja Haji Hadi Awang pula selaku Presiden PAS yang dulunya memperjuangkan negara Islam mengatakan bahawa, “Dalam Quran dia tak sebut ‘Islamic state’ (negeri Islam), dia sebut negara kebajikan.”

Dulu:

Sekarang:


Sikap liberalisme dan pluralisme agama di kalangan pemimpin PAS juga semakin menjadi-jadi. Pemimpin PAS kini telah menghalalkan berdoa di dalam kuil Buddha bersama tok sami ataupun menyanyi lagu Gospel bersama orang-orang Kristian yang mana bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

surin21-300x234

Pluralisme Pas 1

Mereka bersikap seperti Ayah Pin, yang mengakui dirinya dihantar dari kerajaan langit untuk menjaga keharmonian manusia di atas dunia, tidak kira apa agama.

Pernahkah anda terfikir mengapakah DAP, yang begitu vocal dan ketara dalam melawan prinsip Islam dan membenci agama Islam, tidak menolak pemimpin-pemimpin PAS? Malah mereka bekerjasama di dalam satu gabungan ‘Pakatan Rakyat’ demi ‘menawan Putrajaya’. Tontoni dan dengarlah video di bawah untuk mengetahui muslihat DAP di sebalik hubungan mereka bersama PAS dari seorang bekas ahli DAP sendiri.

One thought on “Rahsia di Sebalik Hubungan DAP dan PAS.

  1. Pingback: Agenda Tawan Melayu & Mansuh Islam | Aeshah Adlina's Weblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s