This acknowledgement is specially to thank Aunty Siti Zainon (whom I mentioned about in “What A Busy Week!“) for posting a poem dedicated specially for me on her blog (Seni Rupa Dunia Melayu). I feel honoured when Aunty wrote a beautiful poem just for me.
*
*
Wajah tenangmu anakanda
secerah senyum kecilmu
sopan dan malu
gadis bangun oleh kesedaran lipatan sejarah terbuka
wanita mulia lengkap ilmu di dada
cinta pada keluargasejarah dan bangsa.
*
Semoga BAHASA IBUNDAmu
juga perkasa seperti bait bahasa dunia
terjaga dipupuk kasih sayang
agar lidah tidak terpintal bersilang ilmu
kerana warisan itu adalah sejarah
kita dilahirkan dengan Penentuan-Nya
di Taman Melayu yang indah
menghirup pantai sejarah
langit aneka panca warna
bumi bercakaran ada nikmatnya
menghirup kopi pahit
juga kita segar
walau kerap ditipu oleh pedagang gula
manisnya kata-kata
kadang menggadai maruah bangsa.
*
Bangun puteriku Aiman
maya ini luas panca duga
bonda iringi doa restu
untuk meneraju
Bangsa dan Negara!
*
Bonda Siti
Kampong Bandar Dalam
Kuala Lumpur2 November 2008
You fully deserve the praise Aiman. I am always amazed at your English prowess. Should keep up and go on writing. Observe and write. Be honest and bold, but at the same time be polite.
Dear Uncle Azahar,
Alhamdulillah. Thank you very much for the kind words and advices. Insya Allah, I’ll always remember uncle’s advice.
Pingback: Happy 9th Birthday Fah! « Aiman Amani’s Weblog
Pingback: What Should I Give? « Aiman Amani’s Weblog
Pingback: The Book Launch of ‘Minda Tertawan’ « Ahmad Ali Karim’s Weblog